Harga Susu Naik Lagi: Berhenti Saja Minum Susu!
Atas alasan tertentu, harga susu tepong akan naik lagi.(“Harga susu tepung dijangka naik”
Tuty Haryanti Ahmad Rodzituty@bharian.com.my 2010/10/08 ) Ini bermakna belanja dapur mereka yang minum susu akan juga ikut naik. Bagaimana menghadapi masalah ini? Senang saja:berhenti saja minum susu!
Susu hanya satu dari sumber protin. Ia sebenarnya sumber protin penting bagi golongan Aryan seperti orang Barat, Timur Tengah dan Indo-Pak. Bagi kita orang Asia bukan keturunan Aryan, sumber protin penting ialah susu ibu, ikan dan daging.
Dalam proses evolusi, sistem pemakanan orang Asia lebih sesuai terima sumber protin dari susu ibu, ikan dan daging. Sistem pemakanan orang Asia senang mengalami tindak balas dari protin bersumber susu lembu. Maka wujudlah masalah alahan protin susu lembu (cows milk protein allergy). Allahan ini menyebabkan berbagai penyakit seperti cirit-birit, batuk kronik dan penyakit kulit.
Anihnya, Barat mengempen secara meluas di Barat supaya masyarakat Barat beri susu ibu kepada bayi. Malah, Barat tubuh bank susu ibu yang membeli susu ibu, menyimpan dan membekal susu ibu kepada umum.
Antara sebab kempen besar-besaran minum susu ibu bagi bayi di Barat ialah ahli sains Barat tahu bahawa susu ibu terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi antara lain makanan yang diperlukan oleh otak kanak-kanak yang pesat membesar dari lahir sehinggalah umur 2 tahun yang pada masa itu sudah membesar sebanyak 85 peratus.
Tetapi untuk menjaga kepentingan ekonomi mereka, dan memajukan industri ternakan lembu, Barat menjalankan kempen besar-besaran supaya masyarakat bukan Barat minum susu lembu, bermula di peringkat bayi, menggantikan susu ibu. Kempen 'susu ibu terbaik untuk bayi' hanya gimik perniagaan saja! Kenapa? Masih terdapat 'juru-rawat syarikat susu' yang masih berkempen supaya ibu-ibu beri susu lembu kepada bayi, walaupun sudah ada larangan Kementerian Kesihatan mencegah perkara ini.
Bagi mereka yang mengalami alahan susu lembu, kenaikan harga susu lembu menambah satu lagi sebab untuk tidak minum susu lembu dan makanan-makanan yang mengandungi susu lembu. Makanlah makanan yang halal lagi baik saja.
Ini bermakna orang Asia patutlah kembalilah kepada makanan sumber protin asal kita, iaitu susu ibu, ikan dan daging. Bagi yang berminat untuk minum susu, minumlah susu buatan kelapa sawit. Dengan cara ini, bukan saja kita dapat mengurangkan pembelajaan dapur kita, tetapi juga membantu mengurangkan pengaliran keluar wang negara kepada negara Barat, Australia dan New Zealand. Ia juga dapat mengurangkan masalah kesihatan dan mengecil pembelanjaan untuk menjaga kesihatan kita.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home