Sunday, June 20, 2010

“Serang kuil: Kemuka bukti atau dakwa penyebar berita
Jun 18, 10 7:52pm MALAYSIAKINI



Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan digesa mendedahkan nama pengganas dan pertubuhan mereka jika terdapat bukti, mereka cuba menyerang tempat ibadat bukan Islam di negara ini.”

Sekiranya tuduhan KPN Tan Sri Musa Hassan benar, maka ini satu jenayah besar walau pun dilihat dari apa sudut sekali pun, apatah lagi bila dilihat dari sudut Islam. Undang-undang negara sudah ada untuk menangani masalah ini. Kenapa tidak digunakan undang-undang ini?

Soalan yang lebih besar dan terpenting, sekiranya jenayah ini dirancang oleh orang-orang Islam, kenapa ini berlaku?

Punca utama ialah kelemahan sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan negara hanya menumpukan usaha untuk menjadi Mlaysia negara maju, berdaya saing dan negara pendapatan tinggi, tanpa memberi penekanan kepada akhirat. Ini semua berkaitan dengan cinta kepada dunia.

Dalam Islam tujuan pendidikan ialah untuk melahirkan manusia yang takut kepada Allah:
“Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu.” (Al Faathir 35:28)

Manusia yang takut kepada Allah tidak menyeleweng dari petunjuk-Nya. Maka jadilah dia manusia terbaik:
“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).” (Al Hujurat 49:13)
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).” (Al Imran 3:110)

Bila manusia tidak dididik supaya takut kepada Allah dan membelakangkan petunjuk Allah, dia akan jadi seorang fasik dan akan melakukan kerosakan di dunia:
“....dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik; (Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi.” (Al Baqarah 2: 26-27)

Ulasan Al Syahid Sayed Qutb rahimahullah tentang ayat ini:
“Dan andainya tali perhubungan di antara manusia dengan Tuhan mereka terputus seperti ini, maka sudah tentu ia menimbulkan kerosakan yang menyeluruh, iaitu kerosakan yang merangkumi jiwa, keadaan dan kehidupan, dan kerosakan yang mengcakup bumi dan penghuninya dari manusia dan benda-benda.

“Inilah keruntuhan, kejahatan dan keroskan yang berlaku akibat dari penyelewangan dari jalan Allah.:
(Asy-Syahid Sayyid Qurtb Tafsir Fi Zilalil Quran jilid 1 m.s 98-99)

Jadi jelas, segala keruntuhan, kejahatan dan kerosakan (seperti rasuah, penagihan dadah, buang bayi, ragut, zina, judi, rompakan, pembunuhan, pelamggaran hak-hak asasi manusia dll) yang sedang membarah dalam masyarakat Malaysia dan seluruh dunia, berpunca dari kelemahan sistem pendidikan yang hanya memupuk kecintaan kepada dunia. Penyelesaiannya hanyalah dengan kembali kepada sistem pendidikan Islam yang mendidik manusia supaya takut kepada Allah dan menjadinya insan soleh yang akan mewarisi dunia .

“Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh". (Al Anbiyaa' 21:105)

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home